Skim ini merupakan Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
OBJEKTIF SKIM
- Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang;
- Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha Bumiputera luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi;
- Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha Bumiputera luar bandar bagi membantu memula dan meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar;
- Menyediakan skim pinjaman tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah; dan
- Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.
